Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM LOS ANGELES
|
Education Malaysia Los Angeles (EMLA) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Los Angeles (JPMLA) telah ditubuhkan pada September 1982, dan terletak di bawah naungan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, California yang beroperasi di Downtown Los Angeles. Pejabat JPMLA kemudiannya berpindah ke 550 St. Hope St, Los Angeles.
Pada Jun 2013, JPMLA telah dijenamakan semula kepada EMLA.
EMLA bertangungjawab mengawalselia pelajar Malaysia di 17 negeri di bawah Wilayah Barat di Amerika Syarikat, di samping melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan bagi menaikkan imej pengajian tinggi Malaysia di bumi Amerika Syarikat. |