Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM HO CHI MINH CITY

Education Malaysia Ho Chi Minh City (EMHCMC), Vietnam telah dirasmikan secara rasmi pada 11 April 2005 oleh Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu, Tuan Yang Terutama Dato’ Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd, Salleh. Pejabat bagi EMHCMC telah bertukar sebanyak empat (4) kali sejak penubuhannya di Vietnam: 1. Konsulat Jeneral malaysia, 1208, Me Linh Point Tower, No. 2, Ngo Duc Ke Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam); 2. Suite 1, Level 3, The Metropolitan, 235 Dong Khoi Street, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam; 3. 207B, Hoang Van Thu Street, Ward 8, Phu Nhuan District, Ho Chi Minh City; dan 4. 20, Tu Xuong Street, Ward 7, District 3, 008428 Ho Chi Minh City, Vietnam. Objektif penubuhan EMHCMC adalah untuk menyebarluas maklumat mengenai peluang-peluang pengajian tinggi di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.