Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM BEIJING

Education Malaysia Beijing (EMB) sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Promosi Pendidikan (MEPC) telah mula beroperasi pada tahun 2003 . Fungsi utama ketika itu adalah mempromosikan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai pilihan untuk belajar. Pada 14 November 2007, Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu, YB Dato’ Mustapa bin Mohamed telah merasmikan pejabat baru MEPC di Bangunan Landmark Tower. Pada tahun 2010, selaras dengan agenda pengantarabangsaan pengajian tinggi Negara, telah melibatkan penjenamaan semula bagi MEPC dan Pejabat Penuntut Malaysia (MSD) kepada Education Malaysia (EM).