Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM NEW ZEALAND
|
Education Malaysia New Zealand (EMNZ) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia New Zealand (JPMNZ) ditubuhkan pada tahun 1972, di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal penubuhannya, EMNZ bertanggungjawab untuk menyelaras, membimbing, menjaga kebajikan serta mengadakan kemudahan-kemudahan bagi penuntut dan pegawai kerajaan Malaysia yang mengikuti pengajian/ latihan di New Zealand.
Pada Jun 2011, JPMNZ telah dijenamakan semula kepada EMNZ. Peranan EMNZ diperluas untuk membantu dan memudahcara sebarang urusan pengantarabangsaan dan kerjasama pengajian tinggi antara negara selain bertanggungjawab mengawal selia hal ehwal kebajikan para pelajar Malaysia seluruh New Zealand. |