Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM INDONESIA

Education Malaysia Indonesia (EMI) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia (JPMI) dan mula beroperasi di Indonesia di bawah Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta pada tahun 1970. JPMI pada awalnya terletak di Jln. Budi Kemulyaan, No. 8, Jakarta Pusat. Pada September 1992, Pejabat JPMI telah berpindah ke kompleks Kedutaan Besar Malaysia yang baharu di JIn. H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3, 12950 Jakarta, Indonesia. Pada 15 Oktober 2003. Malaysia Education Promotion Centre (MEPC) Jakarta telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai pusat sumber dan rujukan para pelajar dan ibu bapa warganegara Indonesia yang mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan tinggi. Pada tahun 2016, JPMI dan MEPC Jakarta telah dijenamakan semula sebagai Education Malaysia Indonesia. EMI mempunyai fasiliti Dewan Malaysia Jakarta atau dahulunya dikenali sebagai Wisma Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 1981. Ia telah dirasmikan pada 12 Februari 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyidin Hj. Mohd. Yassin. Dewan Malaysia Jakarta berfungsi sebagai: 1. Pusat Kegiatan Pelajar Malaysia di Indonesia melalui Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia. 2. Kemudahan fasiliti penginapan kepada pelajar dan rakyat Malaysia. 3. Pusat Operasi Bencana yang melibatkan pelajar Malaysia.