Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM JORDAN
|
Education Malaysia Jordan (EMJ) sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penuntut Malaysia Jordan (PPMJ) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1996. Ia beroperasi di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Amman. Pada tahun 2001, pusat itu telah dinaik taraf kepada Jabatan Pelajar Malaysia Jordan (JPMJ) dan mula beroperasi di bangunan baharu di Abdoun, Amman mulai 1 Disember 2001. Pada 1 Disember 2006, JPMJ sekali lagi berpindah ke bangunan baharu di Sweifieh, Amman.
Pada penghujung tahun 2010, JPMJ telah dijenamakan semula kepada EMJ. Pada Jun 2020, EMJ berpindah ke lokasi semasa di Kedutaan Malaysia Amman. EMJ terletak secara strategik di kawasan bandar Amman yang menjadikannya mudah diakses. EMJ turut berkongsi bangunan yang sama dengan Kedutaan Malaysia Amman dan ini menambahkan kredibiliti EMJ.
Objektif penubuhan EMJ adalah sebagai pusat sehenti untuk semua pentadbiran pengajian tinggi Malaysia di Jordan, Turki, Kuwait, Syria, Lubnan dan Palestin. Di samping mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia ke global dan meningkatkan potensi pelajar Malaysia di luar negara. |