Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM WASHINGTON

Education Malaysia Washington DC (EMW) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Washington DC (JPMWDC) telah ditubuhkan pada tahun 1972, di bawah naungan Kedutaan Besar Malaysia, Washington, DC. Dua pejabat lain kemudiannya ditubuhkan di Los Angeles dan Chicago pada tahun 1982. Pada tahun 2010, JPMWDC telah dijenamakan semula kepada EMW. Objektif penubuhan EMW adalah bertangungjawab mengawalselia pelajar Malaysia di 17 negeri di bawah Wilayah Timur di Amerika Syarikat, di samping melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan bagi menaikkan imej pengajian tinggi Malaysia di bumi Amerika Syarikat.