Latar Belakang Pejabat Education Malaysia di Luar Negara
EM CHICAGO

Education Malaysia Chicago (EMC) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Chicago (JPMC) ditubuhkan pada September 1982, dan mula beroperasi di John Hancock Building yang terletak di tengah-tengah bandar Chicago. Pada 13 Mei 1987, JPMC telah berpindah ke bangunan baharu di 820 Davis Street, Suite 510, Evanston, IL 60201 bagi membolehkan pengurusan aktiviti pelajar yang lebih tersusun dan telah meneruskan operasi di situ sehingga kini. Pada tahun 2010, JPMC telah dijenamakan semula kepada EMC. EMC bertangungjawab mengawalselia pelajar Malaysia di 17 negeri di bawah Wilayah Barat Tengah di Amerika Syarikat, di samping melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan bagi menaikkan imej pengajian tinggi Malaysia di bumi Amerika Syarikat. EMC terletak di lokasi yang strategik di wilayah Barat Tengah Amerika Syarikat, iaitu kawasan wilayah yang mempunyai bilangan pelajar Malaysia yang paling tinggi di Amerika Syarikat.