1 Columns 2 Column


Semakan Keputusan


No. Kad Pengenalan * :  Cth: 960101011234 (tanpa '-')  
Kata Laluan *
:  
    [ Daftar Pengguna ] | [ Lupa Kata Laluan ]


PEMAKLUMAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PERMOHONAN PELAJAR BAGI LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN DIPLOMA QIRAAT KE TIMUR TENGAH (MESIR DAN JORDAN) BAGI SESI KEMASUKAN 2021/2022

Pengumuman Terkini :

  1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang telah menghantar dokumen permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2021/2022 boleh membuat semakan surat tawaran secara dalam talian melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

  2. Semakan surat tawaran dalam talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Jordan dan Diploma Qiraat ke Mesir akan mula dibuka pada 7 September 2021 (SELASA) mulai jam 2.30 petang dan akan ditutup pada 30 September 2021 (Khamis) pada jam 5.00 petang.

  3. Pejabat EM Jordan juga memohon kerjasama calon-calon melengkapkan segera Maklumat Penerbangan dan Ketibaan Pelajar Malaysia ke Jordan 2021/2022 sebaik sahaja memiliki tiket penerbangan melalui laman Facebook EMJ https://www.facebook.com/emjordan.mohe.92.

  4. Maklumat ini bertujuan bagi menyelaraskan urusan pengangkutan, penempatan dan urusan pendaftaran pelajar di universiti. Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan-urusan tersebut tergendala dan menjejaskan proses kemasukan ke universiti.

  5. Pelajar perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Jordan dan Mesir untuk setiap ketibaan penumpang antarabangsa seperti yang tertera di LAMPIRAN Surat Tawaran. Kos urusan permohonan visa ke Jordan adalah percuma dan pelajar boleh mendapatkan Visa on Arrival di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.

  6. KPT tidak melantik mana-mana ejen dalam sebarang urusan pelajar ke Timur Tengah. Sekiranya pihak pelajar atau ibu bapa berhasrat melantik ejen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, pihak pelajar atau ibu bapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko yang bakal dihadapi.

  7. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai surat tawaran ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Education Malaysia melalui pautan-pautan berikut:.

    Tel : 03-88706217 / 6226 / 6620 / 6608 / 6635
    Emel : ol.bem@mohe.gov.my