Dimaklumkan bahawa tarikh semakan kelayakan Sistem e-Timur Tengah bagi negara Mesir Tahun 2026 dibuka pada 11 Mei 2026 (Isnin) jam 12.00 tengahari, manakala tarikh akhir muat naik dokumen adalah pada 30 Mei 2026 (Sabtu) jam 5.00 petang.
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status kelayakan dan melengkapkan muat naik dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang tidak dilengkapkan sebelum tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Sertai Kursus Bahasa Arab di bawah kelolaan IBRAZ USIM bersama Markaz Tatwir Universiti al-Azhar, Mesir — laluan rasmi persediaan ke Universiti al-Azhar.
Tarikh Akhir Pendaftaran 4 Mei 2026 (Isnin) sebelum jam 5:00 petang.
Daftar sekarang: BORANG PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB AMBILAN KE-5.
Tarikh kemaskini: 21 April 2026
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran melanjutkan pengajian di atas boleh mengemukakan pertanyaan ke Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT) Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5, 62200 PUTRAJAYA.
03-8870 6609/ 6226/ 6148/ 5565
[email protected]